Erti Kehidupan

Kehidupan yang penuh onak dan duri, penuh dengan rintangan yang perlu kita tempuhi, walaupun perit kita perlu lalui kerana rintangan dan halangan itulah yang membuatkan diri kita matang.

Thursday, February 17, 2011

KoLeK kErTaS..




Kertas putih itu,
Penuh ditulis pelbagai cerita,
Dakwat biru berkisar kisah rindu,
Dakwat merah berkisar rasa amarah,
Dakwat hitam berkisar duka yang terpendam,
Dakwat hijau berkisar emosi yang terpendam,
Kertas putih itu,
Kulipat menjadi kolek,
Antara penjuru bertemu cantik,
Kutolak layarnya pendek,
Haluannya ku bentangkan molek-molek.
Perlahan – lahan di sungai masa,
Airnya perlahan begitu mendesah,
Ku letak kolek kertas yang separuh basah,
Itulah kenangan Cuma seberkas,
Hanyut dalam hembusan nafas,
Mencari namamu tidak berbekas,
Meskipun kucube mengingat pantas,
Namun hanya air mata mengalir deras,
Maaf, bukan kulupe budimu nan agam,
Cume kolek kertas itu kian tengelam,
Bersama – sama tulisan kian berbalam,
Kubiarkan perlahan – lahan terpadam,
Terlerai dan terendam,
Dalam memori mahupun di hati,
Tidak mungkin kenangan itu mampu berdiri,
Kolek kenangan itu ku relakan hanyut,
Demi kasih sayang yang tidak terpaut.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home