Erti Kehidupan

Kehidupan yang penuh onak dan duri, penuh dengan rintangan yang perlu kita tempuhi, walaupun perit kita perlu lalui kerana rintangan dan halangan itulah yang membuatkan diri kita matang.

Thursday, February 17, 2011

KaSiH sUaMi TiAdA pEgAnTi..



Assalamualaikum….


Saya Mai, saya nak berkongsi dengan semua teman – teman pasal pengalaman saya menyintai dan menyayangi seseorang. Saya seorang isteri kepada seorang lelaki yang sekarang ini sudah meninggalkan saya lebih daripada 13 tahun akibat kemalangan jalan raya. Peristiwa yang tidak mungkin saya lupekan. Kemalangan yang berlaku di kuantan dan yang telah meragut nyawa suami saya dan seorang anak lelaki saya yang berusia setahun lebih yang dalam perjalanan dari kuala lumpur ke kampung saya. Masa tu suami saya yang memandu kereta manakala kereta yang saya naikki tu mengalami kerosakkan yang teruk akibat berlanggar dengan traler sehinggakan sy sdri terpaksa menerima rawatan di unit rawatan rapi. Mengimbas kembali kenangan yang tak dapat saya lupekan itu, syukur pada ilahi kerana saya diberi peluang kedua oleh allah apabila masih menyedut udara di alam maya ini hingga ke hari ini namun kesetiaan terhadap arwah suami tercinta tidak pernah padam. Kami bercinta ketika sama – sama menuntut di university dan mengambil keputusan untuk berkhawin. Pada semesta akhir penggajian, sebelum menerima ijazah, kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Apabila suami sudah bekerja sebagai guru sebelum mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran, sya member galakkan supaya kami sama – sama meningkatkan diri untuk mendiami pengajian masing – masing. Ketika menuntuk di institute pengajian tinggi, saya mengambil pengkhususan dalam bidang syarie dan memperolehi ijazah dalam penggajian islam manakal suami dalam pendidikan bahasa inggeris. Sebaik sahaja saya diterima mengajar di sebuah sekolah ibu kota, suami pula mendapat tawaran mengajar di sebuah sekolah di kuantan.ketika kemalangan berlaku dan meragut nyawa suami dan anak, kami dalam perjalanan pulang ke kampung kami. Ketika itu saya hamil anak kedua. Mule – mule saya sedih tuhan mengambil dua nyawa yang sememangnya menjadi jantung hari saya selama – lama. Namu saya bersyukur sangat kerana allah mengantikan dengan kandungan yang baru berusia 3 minggu. Setiap kali saya menatap keratin akhbar mengenai kemalangan arwah suami dan anak saya bagaikan tidak percaya kenangan itu sudah lama berlalu. Bagaikan baru je semlam saya mengalami peristiwa itu. Sehingga kini cinta saya pada arwah tidak mampu ditukar ganti dengan sesiapa walaupun saya banyak menerima lamaran lelaki. Arwah adalah cinta pertama dan terakhir saya. Kekosongan kat hati ni tidak mampu di isi oleh sesiapa pun. Masih lagi saya ingat sebelum kejadian itu arwah berpesan pada saya supaya menjaga anak kami dengan baik perkara yang tidak boleh dilupekan apabila dia berpesan supaya saya berkhawin lain sekiranya die pergi dahulu. Apabila saya mendapat berita tentang kematian arwah, saya tidak menitiskan air mata pun disebabkan cinta terhadap arwah terlalu kuat dan saya masih lagi ingat pesanan arwah supaya jangan menitiskan air mata jika dia pergi terlebih dahulu. Jika kite tenang dan sabar menghadapi setiap ujian saya pasti akan bersama arwah di akhirat kelak. Saya harap kisah saya ni dapat dikongsi dengan teman – teman semua. Cinta saya pada arwah cinta yang tulus dan ikhlas. Saya harap teman-teman dapat bersabar dalam menghadapi dugaan hidup, kerana ada lagi orang yang lebih besar menerima dugaan daripada teman – teman semua.

Nurkilan, Mai…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home