Erti Kehidupan

Kehidupan yang penuh onak dan duri, penuh dengan rintangan yang perlu kita tempuhi, walaupun perit kita perlu lalui kerana rintangan dan halangan itulah yang membuatkan diri kita matang.

Thursday, February 17, 2011

HiLaNg CiNtA kErAnA SaIz BaDaN....



Hai sue,


Saya tertarik dengan apa yang awak cadangkan pde saya hari tu. Kongsi cerita tentang pengalaman hubungan couple , saya pon ade pengalamn yang nak dikongsikan dengan sue. Saya graduan Institut pengajian tinggi awam (IPTA) di selatan Negara dan saya mempunyai seorang teman wanita yang masih menuntut di institute pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu kota. Hubungan kami hampir mencecah setahun. Kami berkenalan secara tidak sengaja melalui laman social. Di awal hubungan kami semuanya indah. Namun disebabkan jarak kami jauh, kami jarang berjumpa dan hanya berhubung melalui telefon dan internet. Pada awal hubungan, teman wanita saya menceritakan peristiwa hitam yang pernah dilalui olehnya bersama bekas teman lelakinya. Walaupun begitu,dia masih dapat mempertahankan maruahnya sebagai gadis. Saya terkejut tetapi tetap terima dengan hati terbuka kerana ikhlas menyayanginya. Hubungan kami berjalan seperti biasa. Adat orang berkasih, ada pasang surut namun kami Berjaya merintanginya. Walaupun ibu bapanya tidak menyukai kami, kami tetap berhubung. Saya pernah membawanya bertemu keluarga saya dan mereka merestui hubungan kami. Malangnya harapan selama ini saya impikan musnah begitu sahaja. Baru – baru ini teman wanita saya menjalani latihan praktikal di sebuah negeri utara tanah air. Tempat latihan praktikal itu berhampiran tempat bekas teman lelakinya. Mereka bertemu dan teman lelaki memikat semula teman wanita saya dan berjanji tidak mengulangi kesilapan lalu. Sejak itu hubungan kami mula renggang. Segala apa yang saya lakukan tidak senang baginya jika saya telefon dia melayan saya acuh tidak acuh sahaja. Saya sedar, saya tidak setaraf dengan teman lelakinya. Saya berbadan gempal dan masih terkial – kial mencari pekerjaan sedangkan teman lelakinya mempunyai pekerjaan dan rupa paras menarik. Sejak itu cacian dan kutukan sentiasa bermain dibibirnya untuk saya. Secara terus terang teman wanita saya mengatakan tidak lagi menyayangi saya dan malu berhubung denga saya kerana saya gempal.hancur luluh hati saya bile mendengarnya, tetapi saya tetap bersabar dan memujuknya. Suatu hari, saya menelefonya. Setelah berkali – kali baru diangkat, malagnya bekas teman lelakinya menjawab panggilan itu dan menyuruh saya jangan ganggu mereka lagi. Pada malam itu, bikas teman lelakinya menggunakan kata laluan laman social teman wanita saya dan menyuruh melupakan dan mencerminkan diri saya dahulu. Akhirnya saya dihalang daripada menjadi rakan laman sosial teman wanita saya. Sampai sekarang saya mula takot untuk menjalinkan hubungan couple lagi kerana saiz badan saya. Saya begitu menyayanginya dan tidak mahu kehilangannya. saya sedar siapalah saya hanya seorang yang tiada rupe. Semoga apa yang saya ceritakan ini dapat dikongsi kepada semua pembaca-pembaca supaya jangan anggap orang yang berbadan gempal ini tidak mempunyai perasaan, dan hanya layak dikecewakan.



Daripada,

Pelajar IPTA

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home