Erti Kehidupan

Kehidupan yang penuh onak dan duri, penuh dengan rintangan yang perlu kita tempuhi, walaupun perit kita perlu lalui kerana rintangan dan halangan itulah yang membuatkan diri kita matang.

Thursday, February 17, 2011

SePi...



Bisikku pada kawan,
Jangan tinggalkan aku keseorangan,
Jiwa ini sepi tanpa seorangan kawan,
Bisikku pada teman,
Usah biarkan aku tak berteman,
Jiwa ini sepi tanpa teman,
Bisikku pada sekalian alam,
Aku perlukan kalian,
Untuk teruskan hidupku,
Bisikku pada tuhan,
Jangan sekali – kali membiarkanku bersendirian,
Kerana hidupku tidak bererti tanpa hidayah-mu
Bisikku pada kawan, teman, alam, dan tuhan,
Temanilah aku setiap waktu,
Kerana aku sepi tanpa kalian disisi.

Noor Mohamad
Serdang Selangor

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home