Erti Kehidupan

Kehidupan yang penuh onak dan duri, penuh dengan rintangan yang perlu kita tempuhi, walaupun perit kita perlu lalui kerana rintangan dan halangan itulah yang membuatkan diri kita matang.

Thursday, February 17, 2011

CiNtA




Cinta adalah aksara mudah ditutur,
Senang dilakar namun sukar diselami,
Kerana cinta sebuah nikmat,
Kerana cinta, hati rawang cerlang terhibur,
Cinta adalah sebuah ikatan,
Kerana cinta, penyatu hati dua insane,
Cinta adalah segunung penawar,
Kerana cinta, penyembuh racun berbisa,
Cinta adalah sebuah batasan,
Kerana cinta, mawar berduri subur menguntum,
Cinta adalah sebuah rembulan,
Kerana cinta, penyuluh epologi kelam,
Cinta adalah sebuah mimpi,
Kerana cinta, aku tersedar dari lamunan fantasi,
Cinta adalah sebuah bahtera,
Kerana cinta, Armanda dilautan jauh belayar,
Cinta adalah sejuta kenistaan,
Kerana cinta, insane yang lemah rapuh dalam dakapan nafsu,
Cinta adalah sebidanh kecelakaan,
Kerana cinta, iman bertakhta lebur berderai,
Cinta adalah seluas kekufuran,
Kerana cinta, nilai agama terbias didada,
Cinta adalah selebar kesengsaraan,
Kerana cinta khudrat utuh layu terkulai,
Cinta adalah seribu kesakitan,
Kerana cinta, hati berbunga kejam terbunuh,
Cinta adalah selaut dusta,
Kerana cinta,sukma gemersik pincang ternoda,
Cinta adalah cinta,kasih sayang, dusta, sengsara, dan lara,
Kerana cinta, aku hidup bersandar nafsu,
Kerana cinta, aku merintih ke jalan yang benar dan
Kerana cinta, aku mengenali tuhan.


Faradi Rohani,
UKM Selangor.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home